Monday 5 December 2011

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.  Kata Ganti Nama Tunjuk terbahagi kepada dua iaitu Kata ganti Nama Tunjuk Umum dan Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat.  Kata Ganti Nama Diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kepada Kata Ganti Diri Tanya dan Kata Ganti Nama Tunjuk Nama diri orang.  Kata Ganti Nama Diri orang terdiri daripada kata ganti diri orang pertama, kata ganti diri orang kedua dan kata ganti diri orang ketiga.

1.  Kata Ganti Nama Tunjuk-perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan membawa maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.

2.  Kata Ganti Nama Diri-Kata ganti nama diri tanya, Kata ganti nama diri orang

Tahukah Anda apa itu Kata Nama Khas & Kata Nama Am?

Kata Nama Khas merujuk secara khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.  Dalam tulisan, huruf perkata Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.  Kata Nama Khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kata Nama Khas Hidup dan Kata Nama Khas Tidak Hidup (Jalur Gemilang, Proton Saga).  Kata Nama Khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada Kata Nama Khas Hidup Manusia (Fatimah, Profesor Ahmad) dan Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia (Tompok, Belang).

Kata Nama Am perkataan yang merujuk kepada benda (komputer, orang, kereta), perkara (iklim, roh, udara) atau konsep yang umum sifatnya (kedamaian, keadilan).  Kata Nama Am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang.  

GOLONGAN KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu ;-
  • Golongan Kata Nama - Kata nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti Nama 
  • Golongan Kata Kerja - Kata Kerja Transitif, Kata Kerja Tak Transitif
  • Golongan Kata Adjektif - sifat, warna, ukuran, bnetuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan, jarak
  • Golongan Kata Tugas - sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri

Thursday 1 December 2011

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara, keluarga bahasa Austronesia.  Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.  Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman berzaman.  Bahsa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang seperti pedagang dari Eropahdan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China.