Saturday, 5 November 2011

Cantiknya Bahasa

Aku termenung seketika, menyoal diri apa itu bahasa? Yang aku tahu bahasa itu amatlah luas skopnya, amat indah andai tahu menilainya.  Yang dikatakan seni berbahasa itu macam mana pula?
Adakah menggunakan leksikal-leksikal yang 'bombastik' hingga sukar difahami?
Atau adakah dengan menggunakan ayat-ayat yang kompleks hingga pening membacanya?
Atau seni bahasa itu dengan menulis sesuatu yang ringkas tetapi cukup bermakna?
Atau juga seni itu melalui santunnya berbicara?
Ehmm, yang dikatakan seni berbahasa itu macam mana sebenarnya?

Aku bukannya orang yang pandai berbicara dan berbahasa.
Kadang-kadang ilham itu datang  secara tiba-tiba.
Melagukan leksikal menjadi nada ayat yang tenang dan gramatis.
Cuma terkadang pemahamannya sukar lantaran konteks kita berbeza.
Bagiku terserah kepada pentafsir.
Tidak perlu untuk aku menerangkan segalanya,
Setelah pena terangkat dan titisan dakwat tiada lagi...

No comments:

Post a Comment