Thursday, 22 September 2011

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris

Itulah MBMMBI yang menggantikan PPSMI.  Ia adalah satu strategi untuk memartabatkan BM sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran BM.  Ini bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.   Manakala strategi memperkukuh penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Apa pendekatannya?  Pendekatannya ialah penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik.  Pendekatan didik hibur juga menjadi tumpuan agar p&p yang dirancang lebih menyeronokkan dan menarik.  Penggunaan teknologi maklumat dititikberatkan seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web.